TEMAN
Aku tahu aku tidak selalu ada dengan mu
Tapi ingat satu perkara
Aku janji bila kamu perlu aku
Akan sentiasa ada untuk kamu
Kamu....
Kamu.....
Dan kamu.....
Masih ada bahu ku untuk bersandar
Masih ada telinga ku untuk mendengar
Masih ada hati untuk berkongsi rasa
Masih ada tangan-tangan kasar untuk mengelap air mata
Tidak berhubung tak bermakna tiada pertalian antara kita
Tidak berjumpa tak bermakna kalian tiada dimata
Tapi dihati tidak pernah hilang
Kerana kamu, kamu dan kamu sentiasa berada dalam doa dan ingatan ku
Moga ALLAH jaga semua yang aku sayang
Senyum