Wednesday, January 19, 2011

A GIRL'S DESIRE


Sometimes,

I want to open my hijab,
and show the world,
that I too,
am beautiful in the people's definition.


But,

deep down here,
in my little heart,
I know that beauty is by definition,
a mystery.
and it is forever more rewarding,
to be beautiful in God's eyes.


Sometimes,

I want to wear ruffled dresses and tight jeans,
show off what I really look like,
under those baggy shirts and loosely fitted pants,
make a statement,
that I too,
have a figure and worth looking at.


But,

I know better,
to avoid entering the world of men's imagination,
for I love my future husband,
and I am ashamed,
what should be his, has already been unveiled by others.


Sometimes,

I want to show the world,
the other side of me,
the bubblier, bolder, and crazier me.
put myself on display,
for everyone to see,
to be desired, and admired upon.


But,

I know that eyes are not just eyes,
seeing is not just seeing,
image and respect are gained,
shame and humility deserve a better place,


Because in the end,

it is not just about me,
I carry a lot of impressions and expectations,
of what a Muslim girl should be,


I am covered by the word "Islam" the moment I walk out of my door,

So don't be selfish girl,
Can't you put behind your heart's desire for something worth fighting for?


Love is all it takes.

Love.
InshaAllah
alt

Friday, January 14, 2011

HADIS DAN KATA-KATA HIKMAH

Saling Memberi Nasihat Antara Yang Muda dan Tua
Tidak ada sesuatu yang ALLAH S.W.T lebih mencintai kecuali seorang pemuda yang menasihati orang tu.
ALLAH S.W.T lebih mencintai seorang pemuda yang beribadat daripada seorang tua yang beribadat.
Ambillah masa muda kamu sebelum kamu menjadi orang tua yang tersangat tua dengan memperbanyakkan istighfar. Mudah-mudahan agama ini dapat ditolong di tangan kamu.
Sumber : Buku “Peringatan untuk mereka yang terpedaya” terbitan AL-HIDAYAH
Tentang Ukhwah (Hubungan)

kalo kite berukhuwah kerna Allah…iktan itu akn sentiase memegang kite supaye sentiase igt pd Allah .. x lalai ngan hubungan dunie.. sentiase ade pengisian ttg kehidupan tuk dunie n akhirat sampai 1 tahap kite akan merasai kemanisan berukhuwah…n ukhuwah i2 akan kite kenang smpai bile2…
muhammad safwan: dlm berukhuwah ade kekurgn n kelebihan ….setiap ahli sume nye x perfect ..so kite kene melengkapi antr 1 same len..segale klmhn sahabat kite bley tutup ngan kelebihan kite ade…
baru lh 1 jemaah akan menjd utuh n tidak mudah d pengaruhi oleh anasir luar…
Sumber : kawan
“Mukmin yang jujur adalah seseorang yang banyak berfikir di dunia dan manusia yang paling bahagia adalah yang banyak berfikir di dunia”
“Di antara tanda-tanda orang soleh ialah warna kulit yang kuning (banyak bangun malam) , mata yang sayu (banyak menagis) , keadaan tubuh yang lemah (selalu menahan lapar) “
“Syaitan mudah masuk melalui kekenyangan jadilah tahanlah lapar kamu agar kamu tidak mudah digoda oleh syaitan.”
“Gunakanlah hatimu untuk selalu berzikir kepada ALLAH S.W.T kerana hati sangat cepat lupa kepada ALLAH S.W.T”
Kepada perempuan – KHASNYA
“jadilah kain yang terbungkus rapi di dalm lemari karena harga jualnya lebih mahal di bandingkan kain yang sudah terbuka bungkusnyaa apa lagi kain tuu udah di pegang sama pembelinya abahkan x mau orang membelinya”
Calon Suami/ Isteri
1. dia beragama isalam dan bertaqwa kepada allah dan mejalani perintahnyaa dan menjauhi larang-Nya
2. dia mempunyai akhlakul karimah
Imam Ali ra pernah berujar : “Manusia itu sangat malas membaca, kalaupun ia membaca/belajar ia susah untuk mengerti/faham, kalaupun ia mengerti/faham ia susah untuk mengamalkan, kalaupun ia mengamalkan ia susah untuk ikhlas”. Allah SwT berfirman : Dan siapakah yang lebih baik agamanya dari pada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang diapun mengerjakan kebaikan….(Qs. An Nisaa’ (4) ; 125)
Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak
pada tahajjudnya.

Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari.
Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Kelima: Jaga sedekah setiap hari.
Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana
INI ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI SAUDARA SESAMA MUSLIM, SAMPAIKAN KEPADA RAKAN-RAKAN YANG LAIN…
Di saat-saat resah, al-Quranlah yang paling mujarab, kerana ia adalah warkah cinta dari Pencipta. Allahlah kekasih yang paling memahami. Masakan tidak, Dialah Raja segala cinta kerana Dialah sebenarnya Pencipta cinta. Lihat! dengan sifat cintanya berkasih sayanglah semua makhlukNya. Betapa agungnya cinta Allah.” – Bajailah dan siramilah ukhuwah yang kita bina ini dengan siraman kasih sayang Serahkan dirimu sepenuh hati padaNya..maka Allah akan memberi kekuatan sebagai ganti kelemahan..keamanan sebagai ganti ketakutan dan kecukupan sebagai ganti kemiskinan.”Kalam Dr Yusof Al-Qardhawi -SALAM PERJUANGAN-
Aku tertawa (heran) kepada orang yang mengejar-ngejar dunia padahal kematian terus mengincarnya, dan kepada orang yang melalaikan kematian padahal maut tak pernah lalai terhadapnya, dan kepada orang yang tertawa lebar sepenuh mulutnya padahal tidak tahu apakah Tuhannya ridha atau murka terhadapnya.”(Salman al Farisi/Az Zuhd, Imam Ahmad)

Tuesday, January 11, 2011

WANITA INSAN HEBAT


Pelbagai persoalan tentang wanita sering dikemukakan dan diulas serta menjadi isu utama perbincangan sejak berdekad yang lalu. Malah perdebatan hal-hal yang berkaitan wanita semakin hangat diperkatakan seiring dengan perkembangan zaman. Sungguh hebat seorang wanita, nama dan statusnya juga turut tertulis di dalam al-Quran serta sering disebut dalam lipatan sejarah.
Khadijah isteri Rasulullah saw., Maryam ibu Isa as., Asiah isteri Firaun, Khaulah al-Azwar Penghayun Pedang Perang, Zainab al-Ghazali, dan ramai lagi tokoh wanita Islam yang gemilang. Termasuk juga wanita hebat yang melahirkan dan membesarkan kita.
Manusia yang mempercayai hakikat kehidupan, penciptaan alam, SUNNATULLAH, akan tahu dan faham bagaimana hakikat kejadian seorang wanita, penghidupannya, dan ke mana kesudahannya selepas kehidupan ini.
Lantaran itu, wanita seharusnya dan wajib tahu hakikat kejadian hidupnya, serta peranan dan tanggungjawabnya dalam kehidupan.

At-Tin

"Sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka). Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh; maka bagi mereka pahala yang tidak putus-putus."
(At-Tin, 95:4-6)
Wanita Pada Pandangan Barat
Peradaban Barat telah melabelkan wanita sebagai jantina yang berlawanan dengan lelaki yang lebih dikenali sebagai golongan yang menggoda, menawan, dan merangsang naluri jantina yang berlawanan dengannya.
Apa yang mereka inginkan dari wanita adalah sentiasa menjadi perhiasan mata, hati dan jiwa. Mereka hanyalah golongan pemuas nafsu lelaki.
Doktrin yang ditanam oleh Barat inilah yang menjadikan wanita pada hari ini sentiasa berlumba-lumba ke arah kecantikan luaran, perebutan cinta murahan, malah sehingga sanggup menggadaikan diri sendiri.
Perlabelan yang telah ditanda hargakan itu menyebabkan maruah dan kedudukan wanita berada di tangga "TOP WORST".
Malah golongan wanita ini diberikan penghargaan dan pingat tersendiri dalam menayangkan kecantikan, kemulusan dan keghairahan masing-masing kepada suatu benda yang tidak bernyawa seperti dalam mempromosikan sesuatu barang.
Wanita dijadikan sebagai model untuk melariskan barangan jualan daripada barang-barang kegunaan wanita sehinggalah kepada pengiklanan jualan kenderaan.
Rendahnya martabat wanita seolah-olah sama nilai dengan barangan yang diperdagangkan.
Fenomena eksploitasi wanita ini semakin meningkat dengan jajaran masa yang mendorong wanita membebaskan diri dari tanggungjawab asal hakikat penciptaannya iaitu sebagai isteri, ibu, pendidik generasi pelapis, serta sayap kiri perjuangan suami.
Eksploitasi ini berlaku sehingga wanita akhirnya telah memasuki "alam" lelaki yang bertentangan dengan fitrah asal kejadiannya.
Ahli Falsafah Socrates pernah berkata :
Kewujudan wanita menjadi punca utama krisis dan kemerosotan dunia. Mereka ibarat sebatang pokok beracun. Di luar nampak cantik, tetapi sebaik sahaja seekor burung memakannya, ia mati pada masa itu juga.
(Dipetik daripada buku: Apa kata Islam Mengenai Wanita Berpolitik)


Wanita Pada Pandangan Islam
Islam telah meletakkan maruah dan kedudukan wanita pada tempat yang mulia. Sungguh bertentangan dengan nilai dan eksploitasi yang ditunjukan oleh Barat.
Wanita pada sudut dan pandangan Islam terletak pada kedudukan yang tinggi, asli lagi harmoni. Maruah dan kehormatannya ditatang dan dijaga sebaiknya ibarat emas permata dan segala perhiasan yang tidak ternilai harganya.
Allah telah mewujudkan peranan antara lelaki dan wanita yang berbeza-beza namun kedua-duanya seiring penting. Tidak berperanan salah satu maka pincanglah semua.
Dalam pembentukan sebuah institusi kekeluargaan, tidak akan sempurna tanpa kedua-dua jantina ini.  Pembentukan masyarakat dan pembinaan peradaban Islam memerlukan wanita tampil menyumbangkan tenaga dan memainkan peranan sebagai sayap kiri lelaki. Tampil memimpin golongan wanita, turut memerah otak memikirkan kelangsungan strategi dakwah, mendidik generasi baru Islam malah turut serta menghayun pedang perjuangan.
Allah tidak memandang wanita dengan pandangan yang berat sebelah. Buktinya adalah, di dalam surah Al-Ahzab ayat 35.

al-Ahzab

"Sesungguhnya lelaki dan perempuan Muslim, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, Allah menyediakan untuk mereka ampunan yang besar."
Kewujudan artikel ini sebenarnya untuk menangkis beberapa pandangan dan persepsi kuno mengenai wanita.
Sehinggalah pada hari ini, doktrin yang ditanam oleh Barat tentang wanita adalah selemah-lemah kaum masih lagi bertapak di pemikiran. Pemikiran inilah yang menyekat dan membataskan kemampuan wanita secara halus.
Hakikatnya, wanita bukanlah ingin menyaingi lelaki. Wanita juga tidak perlu menukar watak menjadi tomboy untuk membuktikan kekuatan dan ketabahannya. Wanita juga tidak perlu menjadi ganas semata-mata tidak mahu dipandang lemah.
Wanita insan tabah. Dijadikan oleh Allah swt. dengan sifat yang lemah lembut. Sesuai dengan peranannya sebagai pendidik anak-anak.
Disaat terbentuknya bayi di dalam rahim dan kemudian dikandung selama sembilan bulan 10 hari, seterusnya kelahiran bayi telah membuktikan kehebatan dan ketabahan seorang wanita. Belum ditambah dengan kesabarannya dalam proses menyusukan dan mendidik anak sehinggalah mereka dewasa dan mampu berfikir dan berdikari sendiri.
Wanita Insan Tabah
Bagaimana pula wanita yang masih di peringkat remaja? Tidak hebatkah mereka? Tidak kuatkah mereka?
Ya, jawab dengan yakin bahawa remaja wanita juga insan tabah.
Di mana ukuran ketabahan dan kekuatan itu? 
Ukuran ketabahan itu adalah disaat mereka mampu melawan musuh-musuh dalam lipatan sendiri iaitu nafsu. Disaat hadirnya godaan-godaan syaitan, manusia dan seangkatannya, mereka melawan dengan keyakinan berpegang teguh pada ALLAH.
Perkembangan dunia yang pesat, pembangunan yang semakin global namun, wanita sedaya upaya membenteng diri dari terpengaruh dengan pelbagai godaan duniawi ini.
Melawan nafsu adalah jihad! Benar, inilah jihad yang perlu dipertahankan dalam diri setiap wanita. Dengan pendidikan dan tarbiyyah diri, yakinlah wanita yang dulu dipandang lemah merupakan insan hebat kerana mampu mempertahankan maruah sendiri daripada tergadai oleh godaan dunia. 
Lemah Lembut atau Lembik
Kebanyakan dari kita sukar untuk membezakan antara wanita bersifat lemah lembut dengan wanita yang bersifat lembik. Kita perlu faham istilah lembik dan lemah lembut adalah satu entiti yang berbeza.
Lembik adalah sifat negatif, manakala lemah lembut merupakan sifat positif bagi wanita.
Wanita yang lembik definisikan sebagai lemah, tidak mampu untuk hidup berdikari tanpa kebergantungan pada orang lain, penakut, serta tidak berupaya menghadapi cabaran. Ia lebih bersifat seolah mengada-ngada.
Berbeza pula dengan lemah lembut, menurut Profesor Meadley, wanita yang bersifat lemah lembut adalah wanita yang mempunyai hati yang kuat, bisa melentur namun sulit untuk dipatahkan serta mampu hidup berdikari. 
Lantaran perbezaan definisi inilah maka kaum wanita perlu memahami sifat yang bagaimanakah yang perlu dimiliki untuk menjadi wanita sejati, yang mampu menggoncangkan dunia.
Fitrah seorang wanita untuk memiliki sifat lemah lembut. Lemah lembut merupakan kekuatan kaum wanita. Wanita yang memiliki sifat inilah yang dimaksudkan dalam peribahasa Melayuyang berbunyi "Tangan Yang Menghayun Buaian Mampu Menggoncang Dunia".
Andalah apa yang anda fikirkan. Kuat atau lemahnya anda adalah dari apa yang anda fikirkan. Peganglah hati supaya anda tidak mudah merasa lemah. Paculah kekuatan diri dengan teguhkan kebergantungan pada Allah, kerana kekuatan hati dan kecekalan jiwa datang daripada-Nya.

Thursday, January 6, 2011

GOLONGAN YANG SEDIKIT

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Alhamdulilah, kita masih diberi peluang untuk bernafas pada hari ini untuk kita terus menjalankan tugas sebagai hambaNya di muka bumi ini. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Andainya semalam, sedikitnya waktu  untuk  kita bersujud padaNya , hari ini biarlah makin bertambah waktu untuk kita terus bersujud padaNya. Semoga kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur  dengan nikmat iman dan islam dan tidak sombong untuk bersujud padaNya.
Dialog mainan hati
"Hari ini aku hanya dapat RM500 untuk hasil jualan aku. Tuhan tak pernah nak bagi aku  rezeki lebih sedangkan si Husin tu berniaga sekejap sahaja dah dapat untung banyak,".
" Aku tak faham kenapa si Katty, lagi cantik dari aku, sampaikan wartawan pun buat-buat tak nampak akan kehadiran aku. Esok aku mesti cucuk sana-sini. Aku mesti cantik dari Katty".
Dialog-dialog yang selalu memenuhi segenap fikiran kita dan sudah menjadi lumrah manusia, tidak pernah berasa cukup dengan apa yang kita ada.
Kadang-kadang  kita lupa , yang mana adalah kehendak atau keperluan. Apabila memiliki sesuatu itu, tidak pernah rasa terdetik walau sekelumit dihati untuk mengucapkan atau mengungkapkan rasa syukur padaNya.
Begitu mudah sekali bibir kita melontarkan keluhan demi keluhan. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang remeh. Andai dapat ditukar setiap bait keluhan itu kepada wang ringgit, pasti terbasmi kemiskinan di muka bumi. Namun hairan, Kita mengeluh tatkala kita dalam kesenangan. Kita lupa  bahawa ada insan yang lebih malang lagi dari kita.
Tatkala kita diberi dengan makanan yang banyak, pernahkah kita terfikir bagaimana nasib anak-anak palestin yang kelaparan?
Tatkala kita punyai wang untuk  berbelanja, pernahkah kita terfikir kehidupan insan yang papa kedana?
Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih lautan dibiarkan.
Allah s.w.t berfirman : "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya" (16: 18).
''kemudian Dia menjadikan keturunannya dari saripati air mani yang hina. Kemudian Dia menyempurnakan ke dalam tubuhnya (roh) ciptaanNya dan Dia menjadikannya bagi kamu pendengaran, penglihatan, dan hati tetapi sedikit sekali kamu  bersyukur ''(32: 8-9)
Golongan Yang Bersyukur
Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang bermaksudnya:
"Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit"
Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika Sayyidina Umar sedang melakukan tawaf di Kaabah. Sayyidina Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya:
"Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?"
Pemuda berkenaan menjawab: "Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku  takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A'raaf ayat 10 yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur".
Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah".
Jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri:
"Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu".
Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang sedikit ini, Amin.
Jadi, sama-samalah kita membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Dia telah berjanji ,
"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Ibrahim: 7)
Ingat nikmat yang dikurniakan, Ingat Pemberi Nikmat yang Maha Pemurah mengurniakan segala nikmat kepada kita.
Ayuh kita jadi golongan yang sedikit , iaitu golongan yang bersyukur.

alt