Monday, July 23, 2012

JIKA ESOK HARI TERAKHIRKU..................


Jika esok hari terakhirku, 

sudah tentulah aku sujud sembah kepada Illahi tanpa menghiraukan realiti


Jika esok hari terakhirku,

maka sejadah ini akan basah dengan tangisan taubat nasuhaku


Jika esok hari terakhirku,

mulut ini akan tidak berhenti walau sesaat mengucapkan zikir kepadaMu


Jika esok hari terakhirku, 

akan ku gapai motosikal burukku, meminta ampun kepada sahabatku


Jika esok hari terakhirku,

ramadhan terakhirku pasti penuh terisi dengan ibadat kepadaMu


Jika esok hari terakhirku, 

tiada lagi cela,umpat,hina,cacian dan kejian dari mulut dan hatiku

Jika esok hari terakhirku,

nafsu batin kan ku kunci demi untuk menghadapiMu

Jika esok hari terakhirku,

mata ini tiada lagi melihat maksiat duniawi, tiada lagi indahnya dewi

Jika esok hari terakhirku,

akan ku balut tubuh badanku dari ditatapi bukan mahramku

Jika esok hari terakhirku, 

tempatkanlah aku di kalangan pejuangmu



Tuesday, July 17, 2012

SIAPA SEBENARNYA MUSTAPHA KAMAL ATTARTURK???



Antara syarat yang dikenakan oleh Mustapha Kamal Attaturk

(bekas PM Turki) :-



1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.



Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan



Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.



Antaranya ialah :



1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam.
Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.



Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.



Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).



Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!

Tuesday, July 10, 2012

FINALLY :)

finally i got this book..yesszaaa..hahahaha
it have been so long for me to find this this book
last2 buku nie ade je kat kelantan
aku je yang tak jumpe..kot
dari nak beli buku nie gune baucer sampai da habis gune pon masih tak dapat lagi
one day..nk di jadikan citer
ade someone tu kol aku cakap yang die da jumpe buku nie
ya Allah punye la excited giler
rope2nye buku nie da lame da ade
cume aku je yang tak jumpe..hihihi
ketinggalan zaman tol
by the way
a lot of thanks to someone who bought this book

nie la bukunye
"KHUTBAH RASULULLAH"
Wasiat Agung Buat Umat Tercinta


p/s : credit to PELANGI SENJA..someone who find and bought this book..eventhough buku nie lambat sampai kat tangan saya..finally it's mine..hehehe..siap ade note lagi..TQVM dikk..really apriciate it :))

Sunday, July 1, 2012

UKHWAH ITU INDAH


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
"Tidaklah sempurna iman seseorang di antara kalian hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Ukhwah itu indah jika penyatuan itu disandarkan kepada Allah SWT semata. Tiada seorang pun manusia dapat hidup bersendirian walaupun dunia itu dia yang punya. Walau segalanya cukup sempurna, manusia inginkan sebuah ukhwah. Kerana di situlah fitrahnya manusia dijadikan. Bukan berseorangan tetapi berdua. Bukan bersendirian tetapi berpasangan. Asas inilah yang harus kita percaya bahawa manusia tidak akan sempurna tanpa sebuah ukhwah, kerana tanpa ukhwah  iman itu tidak akan sempurna.
Terdapat banyak hadis Rasulullah SAW  yang menganjurkan persaudaraan. Sepertimana dalam hadis yang lain diriwayatkan oleh Abu Zar RA katanya, yang bermaksud:-
"Nabi SAW telah bersabda kepadaku, "Janganlah kamu memperkecilkan kebaikan sedikitpun, sekalipun engkau menemui saudara  engkau dengan wajah yang berseri-seri."
Terang lagi bersuluh, betapa Islam sangat menganjurkan persaudaraan walaupun hanya dengan bermanis wajah di hadapan saudaranya. Nilai kebaikan di dalam Islam sentiasa dijaga walaupun di dalam perkara yang sekecil-kecilnya. Menghubungkan silaturrahim bermula dengan salam dan  senyuman  itu  dapat membahagiakan orang yang melihatnya. Dengan senyuman sahaja dapat mengeratkan lagi tautan ukhwah yang ada. Maka senyumlah kerana Allah untuk saudara kita.
Bagaimana ukhwah itu dapat menyempurnakan iman seseorang?
Islam adalah cara hidup yang sangat sempurna. Agama Rabbaniyyah yang datangnya daripada Allah SWT yang Maha Pencipta. Justeru, sudah pastilah yang menciptakan itu lebih tahu apa yang terbaik ke atas apa yang diciptakannya. Maka  setiap sistem yang ada dalam aturan Islam itu pastinya amat sesuai dengan fitrah manusia.
Islam menggalakkan umatnya menghubungkan silaturrahim kerana dengan hubungan itu manusia akan dapat saling mengenali dan seterusnya dapat meraih kasih sayang sesama mereka. Ini terbukti sepertimana yang telah dijelaskan di dalam Al-quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud:-
"Wahai manusia! Sungguh, kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa bangsa dan bersuku-suku, agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Teliti."
 (Surah Al-Hujrat, ayat 13)
Dengan menghubungkan silaturrahim sudah tentulah adanya hubungan muamalat yang terjalin. Dengan jalinan ini, pastilah akan ada berlaku pelbagai urusan yang melibatkan kehidupan seharian samada ianya berhubung dengan fardhu ain atau kifayah. Dan segala urusan yang wujud itulah menyentuh konsep hubungan manusia sesama manusia.
Sebagai contoh, apabila berlakunya sesuatu maksiat di hadapan mata maka menjadi fardhu ke atasnya untuk menegur dan memperbetulkan apa yang salah dan mungkar. Di sinilah antara asas nilaian ukhkwah itu dapat menyempurnakan sebahagian dari iman seseorang. Dengan menunaikan hak-hak yang telah ditetapkan di dalam persaudaraan itu, maka dalam masa yang sama sebenarnya dia telah pun melaksanakan apa yang telah dianjurkan oleh Islam. 
Terdapat banyak nas-nas yang sohih di mana menerangkan kepada kita tentang kewajipan seseorang muslim kepada muslim yang lain di dalam menjaga persaudaraan. Antara kewajipan itu sepertimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW ialah :-
"Hak seorang muslim terhadap sesama muslim itu ada enam, iaitu apabila engkau berjumpa dengannya ucapkanlah salam, apabila dia mengundangmu maka penuhilah, apabila dia meminta nasihat kepadamu nasihatilah, apabila dia bersin dan mengucapkan Alhamdulillah maka doakanlah dengan ucapan yarhamukallah (semoga Allah memberikan rahmat kepadamu), apabila dia sakit ziarahilah, dan apabila dia meninggal dunia iringilah  (jenazahnya)."
 (Hadis Riwayat Muslim)
Tetapi cuba bayangkan seandainya kehidupan seorang manusia itu tanpa ada ukhwah yang terjalin. Hidup di pinggir hutan, di dalam gua berseorang. Langsung tiada urusan muamalat yang dijalankan. Hidupnya hanya beribadah kepada Allah. Bukankah baginya hanya sempurna sebahagian iman tetapi sebahagiannya pula tidak ada yang dapat menyempurnakannya.
Perlulah di ingat, kehidupan seseorang itu meliputi tiga hubungan yang perlu ada. Pertama hubunga manusia dengan penciptanya iaitu Allah Rabbul Jalalah, seterusnya hubungan yang kedua menghubungkan manusia sesama manusia itu sendiri. Lantas yang ketiga adalah hubungan manusia dengan persekitarannya - hidupan, haiwan dan segala yang ada di sekelilingnya.
Apabila hubungan ini dihidupkan dengan caranya, maka impaknya akan kembali kepada iman seseorang itu. Hubungan Allah dijaga dengan ibadah. Sesuai dengan tujuan manusia itu diciptakan. Allah berfirman yang bermaksud:-
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."
 (Surah Ad-Dzariat, ayat 56)
Demikianlah di dalam membina hubungan manusia dengan manusia, perlunya ada jalinan ukhwah dan persaudaraan. Maka hanya persaudaraan yang disandarkan pada Allah SWT sahajalah yang dapat memberikan kemanisan dalam bersaudara. Umpama tautan ukhwah antara Rasulullah SAW dan para sahabat baginda di mana terbinanya ikatan ukhwah itu hanya semata-mata kerana Allah SWT sepertimana jalinan ukhwah di antara Rasulullah SAW adalah Syaidina Abu Bakr.
Syaidina Abu Bakr bukan sahaja sahabat yang paling setia di sisi baginda SAW, bahkan beliau juga adalah seorang sahabat yang paling mempercayai Rasulullah SAW ketika hampir keseluruhan penduduk kota Mekah tidak mempercayai cerita yang disampaikan oleh Rasulullah SAW ketika itu. Dari mula kerasulan sehingga lah saat kewafatan baginda SAW, Syaidina Abu Bakr sentias di sisi baginda.
Kukuhnya ukhwah itu jika tapaknya adalah iman kepada Allah. Akan kekal sepertimana asas sandarannya yang Maha Kekal. Jelaskan lah niat kita berukhwah hanya semata-mata kerana Allah SWT. Bersahabat  bukan kerana kepentingan yang lain. Semoga sempurna sebahagian iman ini dengan berukhwah keranaNya. Mudah-mudahan ukhwah yang terbina itu persis rantaian tasbih yang tiada hujungnya, membawa hati-hati yang bertaut itu untuk sentiasa memuji Allah SWT. InsyaAllah. 
16062012
sweet memory for ever :))
little 'kas' brigedians MMP
"...UKHWAH itu ibarat seutas tasbih,,ada awal tiada penghujung..dicipta untuk mengingatiNya,,dibahagikan untuk cintaNya dan diratib untuk redhaNya..."