Monday, January 3, 2011

TAKKAN BERTAMBAH DENGAN KEBAIKAN.......................


 Takkan bertambah dengan kebaikan. Takkan berkurang kerana kekurangan. Bukan setakat memberi tapi menerima seadanya. Cinta sejati itu bukan dengan melakukan seseorang dan diheboh-hebohkan tapi bersifat pengorbanan ikhlas yang dilakukan dengan senyap-senyap..Ingat firman ALLAH
“…Boleh jadi kamu membenci seseorang, padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu mencintai seseorang, padahal ia amat buruk bagimu..ALLAH mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui”… (Al-Baqarah, Ayat 21)
Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….
"Janganlah kamu kahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, kerana boleh jadi mereka akan merugikan. Dan jangan kerana hartanya, kerana boleh jadi mereka akan mendurhakai. tetapi kahwinlah kerana agamanya. Sesungguhnya seorang budak perempuan hitam yang pecah hidungnya tapi beragama adalah lebih baik."

No comments:

Post a Comment