Antara syarat
yang dikenakan oleh Mustapha Kamal Attaturk
(bekas PM Turki) :-
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat
pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang
dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak
ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum
yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara
tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa
Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa
Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara
untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan
tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana
beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan
dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi
negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan
terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar
berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada
sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang
berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan
anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara
islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan
menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun.
Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan
di mana tuhan > tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab
'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan
yang diberikan oleh askar itu.
Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan
beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat
menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah :
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki
dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk
sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam.
Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak
ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas
tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung,
beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.
Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan,
mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan
dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.Allah itu Maha
Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama
48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang
ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi
selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak
seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.Mayatnya
diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta
ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan
azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam,
tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak
menerimanya).
Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali
lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap
dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak
ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar,
mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44
tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan,
ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata
bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!
No comments:
Post a Comment